3.7.06

006. Cara-Cara Memanfaatkan Blog Sebagai Wadah Pembelajaran

Guru-guru boleh mencipta lelaman blog kelas masing-masing sebagai...

  • wadah untuk berkomunikasi dengan pelajar-pelajar kelas lain
  • menerbit gambar menarik untuk diberikan sari kata (caption) yang sesuai
  • menggalak perbincangan mengenai sesebuah buku seperti kelab membaca online
  • memberikan peluang pelajar menerbitkan idea-idea munasabah untuk kelas atau sekolah
  • menggalak pelajar untuk menulis sebagai suatu demonstrasi pembelajaran yang berjaya
  • mewujudkan suatu ruang untuk membuat ulasan karya-karya sastera yang dibaca
  • merakam perbuatan-perbuatan mulia yang ditonjolkan pelajar sebagai penghargaan dan juga contoh kepada pelajar-pelajar lain
  • mengundang pelajar untuk memberi pandangan tentang bagaimana untuk menghuraikan suatu permasalahan yang benar-benar berlaku
  • menerbitkan artikel-artikel mengenai isu-isu hal ehwal semasa dan mengundang pelajar untuk memberi pendapat dan reaksi masing-masing
  • mengundang seorang pelajar setiap hari untuk menerbitkan rumusan pembelajaran di kelas dan membuat refleksi terhadap apa yang dipelajari
  • mengundang pelajar memberi reaksi kepada apa yang telah mereka pelajari di kelas dan membuat kaitan tentang bagaimana sesuatu pembelajaran itu memberi makna dan kesan terhadap diri mereka
  • meluaskan perbendaharaan kata dengan menulis perkataan-perkataan baru dan menggalak pelajar untuk menghasilkan ayat-ayat atau perenggan menggunakan kosa kata yang baru dipelajari itu
  • menerbit tukilan-tukilan dan mutiara-mutiara kata sambil menggalakkan pelajar untuk memberikan tafsiran peribadi mereka tentang tukilan tersebut dan bagaimana mereka boleh mengaplikasikannya di dalam kehidupan mereka

Guru-guru boleh mencipta lelaman blog yang memberikan maklumat untuk...

  • memberitahu murid tentang kerja rumah yang perlu dilaksanakan
  • mengemukakan rancangan pengajaran guru secara harian atau mingguan
  • memberi ibu bapa gambaran umum tentang kelas dan apa yang dipelajari di bilik darjah
  • memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang meraih suatu pencapaian
  • menerbitkan contoh-contoh tugasan pelajar yang cemerlang dan maklum balas guru terhadap tugasan tersebut
  • menyenaraikan maklumat-maklumat umum mengenai kelas seperti kalendar harian atau mingguan, acara-acara yang bakal atau sedang diadakan,maklumat tugasan harian dan lain-lain lagi

Guru-guru boleh mencipta lelaman blog yang berciri reflektif seperti jurnal untuk...

  • membuat renungan peribadi selepas setiap hari mengajar
  • berkongsi idea tentang teknik pengurusan teknologi di kelas
  • brkongsi idea tentang teknik mengawal disiplin pelajar-pelajar di kelas
  • berkongsi idea dengan guru-guru lain tentang aktiviti mengajar di kelas
  • membincangkan isu-isu penting mengenai pengajaran dan pembelajaran
  • berkongsi tips mengajar ataupun panduan-panduan untuk dimanfaatkan oleh guru-guru baru
  • memberikan kata-kata nasihat atau panduan berguna untuk dimanfaatkan oleh guru-guru baru
  • berkongsi perkara-perkara menarik yang dipelajari daripada pelajar-pelajar mereka sendiri

Guru-guru boleh menggalak pelajar-pelajar mencipta lelaman blog sendiri untuk...

  • membuat tugasan menulis karangan
  • menerbitkan hasil-hasil karya mereka yang terbaik
  • mencatat kosa kata yang baru dipelajari ataupun peribahasa yang baru dipelajari
  • mencipta portfolio peribadi dengan menyertakan contoh-contoh karangan mereka yang terbaik
  • menyuarakan pendapat-pendapat mereka tentang topik yang baru sahaja diajar di sekolah
  • menulis komentar, pendapat atau membuat pertanyaan tentang isu-isu semasa ataupun perkara-perkara lain yang mereka minati
  • membincangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kelas dan memberikan pendapat-pendapat mereka tentang aktiviti-aktiviti tersebut

Guru-guru boleh menyuruh pelajar-pelajar untuk mencipta lelaman blog secara berkumpulan untuk...

  • menghasilkan projek kumpulan

Sekiranya guru-guru ada cadangan-cadangan lain, sila klik butang "Pendapat" supaya dapat dimanfaatkan bersama.

2 Pendapat:

At 20/7/06 06:52, Anonymous Anonymous berpendapat...

Greets to the webmaster of this wonderful site. Keep working. Thank you.
»

 
At 24/7/06 15:13, Anonymous Anonymous berpendapat...

Here are some links that I believe will be interestedhttp://indexmachine.info/777.html or http://neveo.info/1441.html and http://google-machine.info/2517.html

 

Post a Comment

<< Home