19.7.06

010. Soalan Sesi Pembukaan (Teachers' Network)

Selamat datang teman sekalian,

Sementara menunggu kedatangan para peserta bengkel yang lain, kami berharap cikgu dapat meluangkan masa menjawab dua soalan di bawah ini.

  • Apakah perkara khusus yang ingin cikgu tahu atau pelajari daripada bengkel pembelajaran menggunakan blog ini?

  • Pernahkan cikgu mengendalikan blog sendiri? Jika pernah, apakah khidmat blog percuma di lelaman web yang cikgu gunakan? (Contoh: Blogger, Multiply dan lain-lain)

Sila hantarkan jawapan cikgu dalam sebuah posting. Cikgu boleh klik sahaja pada pendapat untuk memberikan jawapan.

Cikgu boleh memberikan nama samaran jika keberatan untuk memberikan nama sendiri pada posting jawapan cikgu.

009. Goblogging for The Teaching of Malay Language

Goblogging for The Teaching of Malay Language
Wed 19 Jul 2006
0230h –0530h

Teachers' Network

Facilitated By:

6.7.06

008. Aplikasi-Aplikasi Yang Boleh Digabungkan

Sekiranya ada guru-guru yang berminat untuk membuat blog mereka kelihatan lebih interaktif lagi, bolehlah menggunakan program-program berikut. Program-program tersebut agak mudah untuk difahami dan akan membuat lelaman blog yang dihasilkan kelihatan lebih menarik lagi.

Aplikasi-aplikasi yang boleh digabungkan dengan blog adalah seperti berikut:

Video/ Audio
  1. YouTube
  2. Bolt

Memantau Jumlah Pelawat

  1. XtraStats

Kotak Perbualan

  1. ShoutBox
  2. YellBox
  3. CBox

3.7.06

007. Cara Menghasilkan Weblog

Terdapat pelbagai perisian blog yang boleh dimanfaatkan oleh guru-guru yang berminat untuk menghasilkan blog bagi tujuan pembelajaran.

Setiap perisian blog yang ada pasti mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Bagi diri saya, saya lebih gemar menggunakan perisaan-perisian percuma yang sedia ada di internet.

Di antara perisian-perisian blog yang percuma adalah seperti berikut:

Blogger merupakan perisian utama yang saya gunakan kerana ianya:

  • mudah digunakan
  • percuma
  • boleh digabungkan dengan aplikasi-aplikasi percuma yang terdapat di internet seperti yang terdapat di entri yang seterusnya

006. Cara-Cara Memanfaatkan Blog Sebagai Wadah Pembelajaran

Guru-guru boleh mencipta lelaman blog kelas masing-masing sebagai...

  • wadah untuk berkomunikasi dengan pelajar-pelajar kelas lain
  • menerbit gambar menarik untuk diberikan sari kata (caption) yang sesuai
  • menggalak perbincangan mengenai sesebuah buku seperti kelab membaca online
  • memberikan peluang pelajar menerbitkan idea-idea munasabah untuk kelas atau sekolah
  • menggalak pelajar untuk menulis sebagai suatu demonstrasi pembelajaran yang berjaya
  • mewujudkan suatu ruang untuk membuat ulasan karya-karya sastera yang dibaca
  • merakam perbuatan-perbuatan mulia yang ditonjolkan pelajar sebagai penghargaan dan juga contoh kepada pelajar-pelajar lain
  • mengundang pelajar untuk memberi pandangan tentang bagaimana untuk menghuraikan suatu permasalahan yang benar-benar berlaku
  • menerbitkan artikel-artikel mengenai isu-isu hal ehwal semasa dan mengundang pelajar untuk memberi pendapat dan reaksi masing-masing
  • mengundang seorang pelajar setiap hari untuk menerbitkan rumusan pembelajaran di kelas dan membuat refleksi terhadap apa yang dipelajari
  • mengundang pelajar memberi reaksi kepada apa yang telah mereka pelajari di kelas dan membuat kaitan tentang bagaimana sesuatu pembelajaran itu memberi makna dan kesan terhadap diri mereka
  • meluaskan perbendaharaan kata dengan menulis perkataan-perkataan baru dan menggalak pelajar untuk menghasilkan ayat-ayat atau perenggan menggunakan kosa kata yang baru dipelajari itu
  • menerbit tukilan-tukilan dan mutiara-mutiara kata sambil menggalakkan pelajar untuk memberikan tafsiran peribadi mereka tentang tukilan tersebut dan bagaimana mereka boleh mengaplikasikannya di dalam kehidupan mereka

Guru-guru boleh mencipta lelaman blog yang memberikan maklumat untuk...

  • memberitahu murid tentang kerja rumah yang perlu dilaksanakan
  • mengemukakan rancangan pengajaran guru secara harian atau mingguan
  • memberi ibu bapa gambaran umum tentang kelas dan apa yang dipelajari di bilik darjah
  • memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang meraih suatu pencapaian
  • menerbitkan contoh-contoh tugasan pelajar yang cemerlang dan maklum balas guru terhadap tugasan tersebut
  • menyenaraikan maklumat-maklumat umum mengenai kelas seperti kalendar harian atau mingguan, acara-acara yang bakal atau sedang diadakan,maklumat tugasan harian dan lain-lain lagi

Guru-guru boleh mencipta lelaman blog yang berciri reflektif seperti jurnal untuk...

  • membuat renungan peribadi selepas setiap hari mengajar
  • berkongsi idea tentang teknik pengurusan teknologi di kelas
  • brkongsi idea tentang teknik mengawal disiplin pelajar-pelajar di kelas
  • berkongsi idea dengan guru-guru lain tentang aktiviti mengajar di kelas
  • membincangkan isu-isu penting mengenai pengajaran dan pembelajaran
  • berkongsi tips mengajar ataupun panduan-panduan untuk dimanfaatkan oleh guru-guru baru
  • memberikan kata-kata nasihat atau panduan berguna untuk dimanfaatkan oleh guru-guru baru
  • berkongsi perkara-perkara menarik yang dipelajari daripada pelajar-pelajar mereka sendiri

Guru-guru boleh menggalak pelajar-pelajar mencipta lelaman blog sendiri untuk...

  • membuat tugasan menulis karangan
  • menerbitkan hasil-hasil karya mereka yang terbaik
  • mencatat kosa kata yang baru dipelajari ataupun peribahasa yang baru dipelajari
  • mencipta portfolio peribadi dengan menyertakan contoh-contoh karangan mereka yang terbaik
  • menyuarakan pendapat-pendapat mereka tentang topik yang baru sahaja diajar di sekolah
  • menulis komentar, pendapat atau membuat pertanyaan tentang isu-isu semasa ataupun perkara-perkara lain yang mereka minati
  • membincangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kelas dan memberikan pendapat-pendapat mereka tentang aktiviti-aktiviti tersebut

Guru-guru boleh menyuruh pelajar-pelajar untuk mencipta lelaman blog secara berkumpulan untuk...

  • menghasilkan projek kumpulan

Sekiranya guru-guru ada cadangan-cadangan lain, sila klik butang "Pendapat" supaya dapat dimanfaatkan bersama.

2.7.06

005. Pandangan Guru Mengenai Web Log

Pada pandangan saya, blog merupakan:
  • ruangan untuk mendekati ibu bapa pelajar
  • ruangan untuk berkongsi pendapat dan idea
  • cara untuk memperbaiki hasil penulisan saya
  • ruangan untuk bekerja sama dengan pihak luar
  • ruangan ideal untuk menulis pendapat tentang sesuatu isu
  • ruangan untuk memaparkan hasil kerja pelajar kepada ibu bapa mereka
  • cara untuk memberikan pelajar-pelajar hak dan ruang-ruang peribadi untuk berkarya
  • memberikan peluang kepada pelajar untuk membuat jalinan pada proses pembelajaran
  • lelaman yang menggalak pelajar-pelajar dan guru untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara aktif
  • cara paling mudah untuk menghasilkan sebuah lelaman web tanpa perlu menguasai program-program komputer yang sukar

004. Pandangan Pelajar Mengenai Web Log

Pelajar melihat blog sebagai suatu ruang...

  • yang menyeronokkan
  • untuk memahami hal ehwal semasa
  • untuk berkumpul dengan orang lain
  • untuk mempelajari erti tanggung jawab
  • untuk mencatatkan kehidupan seharian
  • untuk berkongsi pendapat dengan orang lain
  • untuk belajar mengenai orang dari luar negara
  • untuk berfikir luar dari kotak ("out of the box")
  • di mana mereka boleh berehat daripada rutin pembelajaran
  • yang memberi mereka kuasa untuk didengari oleh orang lain
  • untuk meluahkan perasaan mengenai sesuatu berita yang dibaca
  • untuk memberikan peluang bagi orang lain untuk menikmati hasil karya mereka
  • untuk mereka berhibur dan pada masa yang sama belajar daripada keseronokan itu
  • di mana tiada sesiapa boleh mengawal perspektif atau pandangan yang mereka ada tentang sesuatu isu
  • untuk mereka memberi maklum balas atau pendapat tentang apa yang disampaikan oleh penulis blog yang lain

003. Ciri-Ciri Umum Web Log

Apakah ciri-ciri utama sesebuah web log?

  • sesuatu yang percuma
  • sejenis lelaman web yang mudah dan cepat dihasilkan
  • setiap entri mempunyai masa dan tarikh ianya diterbitkan
  • setiap entri yang ditaip biasanya pendek dan kerap diterbitkan
  • setiap entri diatur mengikut masa iaitu yang terbaru pada bahagian permulaan lelaman blog
  • pembaca biasanya boleh memberikan maklum balas dengan menekan butang "comments" atau "pendapat" yang ada
  • blog biasanya diselenggarakan oleh seseorang sahaja tetapi juga boleh diselenggarakan oleh sekumpulan orang bergantung kepada tujuan penggunaanya
  • seseorang itu boleh menerbitkan entri mereka dengan segera pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu mengetahui dan mempelajari HTML atau program menulis lelaman yang lain

002. Beberapa Pendapat Mengenai Web Log

Anne Davis

http://anvil.gsu.edu/EdublogInsights

  • Web log juga dikenali sebagai "blog"/ "web log"
  • Perbuatan menerbitkan pendapat ke ruang blog disebut sebagai "blogging"
  • Dalam persekitaran pendidikan, ia juga dikenali sebagai "EduBlog" atau "SchoolBlog"
  • Web log adalah ruangan di alam siber di mana seseorang itu boleh menulis dan menerbitkan pendapat-pendapat mereka mengenai sesuatu topik
  • Berbeza daripada lelaman web yang konvensional, web log membolehkan seseorang itu memberikan pendapat-pendapat mereka dengan cepat dan menerbitkannya ke alam siber tanpa terbatas pada masa dan tempat

Will Richardson

http://www.weblogg-ed.com/

  • Sesuatu yang mudah dihasilkan
  • Boleh berfungsi sebagai diari harian yang mudah dikemaskinikan ataupun buku nota untuk menyimpan maklumat-maklumat penting
  • Pembaca pula boleh memberikan maklum balas mereka dengan mudah dan segera
  • Bersifat kolaboratif kerana berkemampuan untuk menghubungkan manusia daripada pelbagai latar belakang geografi, fahaman politik dan sosio ekonomi

Aaron Campbell

http://www.eastasiacenter.net/apcampbell/

  • Dilihat sebagai jurnal alam siber di mana seseorang itu boleh mengemaskinikannya dengan menggunakan perkataan-perkataan, idea-idea dan pendapat-pendapat sendiri menggunakan perisian komputer yang mudah digunakan
  • Tidak seperti lelaman web konvensional, entri terbaru boleh diterbitkan dengan menaip secara langsung ke browser dan dengan menekan satu butang sahaja, entri itu boleh diterbitkan untuk dibaca oleh warga alam siber
  • Seseorang itu tidak memerlukan pengetahuan asas HTML (Hyper Text Multi Language) atau FTP (File Transfer Protocol) sehingga sesiapa yang mengetahui bagaimana untuk menaip, menyalin dan menampal boleh mencipta dan menyelenggarakan sesebuah web log
  • Weblog juga boleh berfungsi sebagai catatan perjalanan pembelajaran seseorang dan menjadi sumber rujukan bagi orang lain
  • Ia bersifat interaktif kerana pembaca juga boleh menyampaikan maklum balas mereka pada apa yang disampaikan oleh pencipta blog

001. Prawacana

Blog ini memuatkan beberapa panduan bagi para guru yang berminat untuk menggunakan blog sebagai wadah pembelajaran pelajar. Antara perkara yang akan disampaikan dalam blog ini adalah seperti berikut: