19.7.06

010. Soalan Sesi Pembukaan (Teachers' Network)

Selamat datang teman sekalian,

Sementara menunggu kedatangan para peserta bengkel yang lain, kami berharap cikgu dapat meluangkan masa menjawab dua soalan di bawah ini.

  • Apakah perkara khusus yang ingin cikgu tahu atau pelajari daripada bengkel pembelajaran menggunakan blog ini?

  • Pernahkan cikgu mengendalikan blog sendiri? Jika pernah, apakah khidmat blog percuma di lelaman web yang cikgu gunakan? (Contoh: Blogger, Multiply dan lain-lain)

Sila hantarkan jawapan cikgu dalam sebuah posting. Cikgu boleh klik sahaja pada pendapat untuk memberikan jawapan.

Cikgu boleh memberikan nama samaran jika keberatan untuk memberikan nama sendiri pada posting jawapan cikgu.

8 Pendapat:

At 19/7/06 14:47, Anonymous Anonymous berpendapat...

Bagaimana penggunaan boleh digunakan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran BM lebih menarik.

 
At 19/7/06 14:48, Anonymous Anonymous berpendapat...

Bagaimana blog boleh membantu pengajaran secara online dengan lebih berkesan?

 
At 19/7/06 14:50, Anonymous Anonymous berpendapat...

Saya ingin tahu bagaimana untuk menggabungkan aplikasi-aplikasi bunyi/ video ke dalam blog.

 
At 19/7/06 14:51, Anonymous Anonymous berpendapat...

Bagaimana untuk menyemak penggunaan bahasa pelajar yang mereka tuliskan diblog mereka? Saya pernah mengarah pelajar saya membuat blog peribadi namun masalahnya ialah mereka lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris dan terdapat banyak kesilapan bahasa yang mereka lakukan.

 
At 19/7/06 14:51, Anonymous Anonymous berpendapat...

Saya ingin mengetahui bagaimana saya dapat menaikmuatkan audio dan menampalkan dokumen.

Ya, saya pernah menggunakan blog untuk memaparkan hasil kerja murid-murid saya.

 
At 19/7/06 14:51, Anonymous Anonymous berpendapat...

Saya ingin mengetahui bagaimana saya dapat menghasilkan blog peribadi saya.

 
At 19/7/06 14:53, Anonymous Anonymous berpendapat...

Bagaimana nak hasilkan blog? Dan sejauh mana ia boleh digunakan untuk pembelajaran.

 
At 20/7/06 06:52, Anonymous Anonymous berpendapat...

Interesting website with a lot of resources and detailed explanations.
»

 

Post a Comment

<< Home